Pola PERCUMA – Dompet Simpanan Topeng Muka

Untuk perlindungan dari kuman dan virus, semakin ramai yang menggunakan topeng muka pakai buang. Namun, topeng tersebut perlu disimpan dengan rapi jika digunakan lebih dari sekali. Meletakkannya di atas meja ataupun permukaan yang tidak menentukan akan mendedahkan topeng tersebut kepada virus atau kuman. Daripada meletakkan topeng tersebut terus ke dalam beg atau poket sewaktu tidak memakainya, dompet ini akan membantu melindungi topeng tersebut sewaktu tidak digunakan. 

Tutorial ini menunjukkan cara-cara membuat Dompet Simpanan untuk Topeng Muka dan pautan untuk memuat turunkan pola menjahit PERCUMA.

Anda perlukan:

  • 2 kain berbeza untuk bahagian dalam dan luar (berukuran sekurang-kurangnya 30 cm x 30 cm) – kain yang lebih kecil untuk versi kanak-kanak. Kami menggunakan kain ke 3 untuk slot dalaman  
  •  Interfacing/kain keras/batting (15 cm x 30 cm)
  • Butang Snap

1. Muat turun dan cetak Pola Menjahit Digital PDF – Dompet Simpanan Topeng Muka pada link ini.

(Terdapat typo pada pola di dalam gambar ini, tolong rujuk tulisan pada hasil cetak sebelum memotong)

2. Cantumkan interfacing / kain keras / batting pada kain luar dan potong ke semua helai seperti yang disebut di dalam pola PDF.

3. Letakkan kain luar menghadap atas. Lipat 2 helaian tengah (Helaian 2/2) dan letakkan helaian tersebut dibahagian atas dan bawah kain luar.

4. Kemudian, letakkan helaian kain dalam di atas kesemua lapisan yang telah disusun, menghadap ke bawah.

5. Jahit keliling seperti di dalam pola. Jangang lupa tinggalkan satu jurang pada satu bahagian untuk menebalikkan dompet. 

6. Potong bucu dan sudut-sudut bengkok.

7. Untuk menebalikkan dompet, lihat ke dalam jurang dan cari permukaan kain hadapan. Letakkan 2 cari ke dalam jurang tersebut dan keluarkan kain keluar. Perlahan-lahan tolak dan terbalikkan kain hadapan dari dalam ke luar. Selepas selesai, jahit sekeliling.

8. Pasang butang snap.

9. Sekarang, dompet simpanan topeng muka telah siap!

Lipat telinga dompet ke dalam untuk menegakkan besi hidung topeng muka semula!

Ciri tambahan: Setelah selesai menggunakan dompet ini untuk topeng muka, anda boleh membawa duit kertas ataupun kad-kad. Selamat mencuba!

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

TOP

Save & Share Cart
Your Shopping Cart will be saved and you'll be given a link. You, or anyone with the link, can use it to retrieve your Cart at any time.
Back Save & Share Cart
Your Shopping Cart will be saved with Product pictures and information, and Cart Totals. Then send it to yourself, or a friend, with a link to retrieve it at any time.
Your cart email sent successfully :)

X